Virus Taksub Mazhab
Cadangan Menghalang Penyebaran Virus Taksub Mazhab
As-Syeikh Muhammad 'Eid Abbasi telah memberikan satu cadangan yang amat baik untuk membasmi virus taksub mazhab dan menjadikan agama sebagai mazhab. Mari kita teliti apakah cadangan beliau itu:
"Kita bukanlah menentang mazhab yang empat: Maka tinggal satu perkara yang hendak kita jelaskan iaitu jawapan terhadap persoalan sebahagian daripada mereka sama ada kita hendak menghapuskan mazhab-mazhab kesemuanya, atau menubuhkan satu mazhab baru, atau kita tidak melarangkan pengekalan mazhab-mazhab yang telah sedia ada.
Kita menjawab persoalan ini dengan berkata: Sesungguhnya pada hakikatnya kita tidak suka kepada perpecahan dan perselisihan serta kita benci kepada penceraian dan perbalahan. Dengan itu, tiadalah diterima akal bagi kita untuk bekerja menubuhkan satu mazhab baru yang kelima sepertimana yang didakwa oleh pembangkang-pembangkang terhadap (cara perjalanan) kita. Kita telahpun berasa kesempitan disebabkan pembahagian muslimin kepada empat mazhab bahkan kita sesungguhnya berusaha menyatukan mazhab-mazhab ini kepada mazhab yang satu sepertimana hal keadaan semasa zaman Salaf as-Soleh ridhwanullah ‘alaihim. Ini adalah kerana kita beri’tiqadkan sepertimana kenyataan Imam Malik bahawa tiadalah bak bagi umat yang terakhir ini melainkan dengan apa yang baik bagi umat terawal. Dengan itu tidak sekali-kali baik bagi kaum muslimun dan tiada mereka akan berjaya melainkan mereka kembali kepada Islam mereka yang benar dalam segenap sudut kehidupan termasuklah fekah. Maka kita berpendapat supaya mereka kembali amalan zaman para sahabat, tabiin dan tabi’ attabiin yang telah dipuji oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah adaah di zaman kurunku, kemudian selepas mereka dan kemudian selepas mereka ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Maka contoh hal keadaan yang perlu kita laksanakan pada matlamat akhirnya ialah supaya wujud dalam setiap kota seorang alim pada hakikat yang sebenarnya iaitu seorang mujtahid atau lebih dan ini adalah fardhu kifayah ke atas umat muslimin. Para mujtahidin ini meberi fatwa kepada manusia dengan pendapat yang difikiran lebih baik di sisi mereka di antara pendapat-pendapat yang telah dikemukakan tanpa taksub kepada satu mazhab dan meninggalkan mazhab yang lain. Sepatutnya setiap taksub mestilah hanya kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya SAW. Pada kebiasaannya apa yang patut dikeluarkan oleh para mufti adalah dalil yang senang untuk difahami supaya manusia sentiasa berkaitan dengan Tuhan dan Nabi mereka.
Oleh itu akan terdapat di kalangan masyarakat orang yang bertaqlid dan mengikuti (ittiba’) tahap keilmuan masing-masing. Sekiranya perlu maka si pentaqlid itu akan bertanyakan salah seorang dari para ulama’ tersebut hukum Allah dalam sesuatu hal dan tidak berkenaan hukum dalam mana-mana mazhab yang berkenaannya. Begitu juga sekira terdapat satu persoalan maka si muttabi’ akan bertanyakan orang alim tersebut akan hukum Allah Taala berkenaannya dan dimintakan penjelasan darinya daripada dalilnya. Ini adalah apa yang pada hakikatnya kita usahakan. Tetapi kita sedari bahawa adalah payah untuk dilaksanakan secara mendadak dan cara penyampaiannya pula tidak mudah. Dengan itu kita mestilah berusaha mencapaikannya setapak demi setapak secara berperingkat.
Dalam peringkat yang pertama diajarkan para pelajar ilmu fekah setiap orang dengan mazhabnya tetapi dipilihkan kitab-kitab fekah yang menerangkan hukum-hukum berserta dalilnya seperti kitab “al-Majmu” oleh Imam an-Nawawi dan “Fath al-Qadir” oleh Ibnu al-Hammam.
Dalam peringkat kedua mereka beralih kepada pelajaran kitab-kitab mazhab yang lain yang juga mensyarahkan pendapat-pendapat berserta dalil-dalilnya. Kemudian mereka diajarkan pengkajian tajuk-tajuk pendalilan hukum hakam secara bebas.
Dalam peringkat yang ketiga mereka dihadapkan dengan segala apa yang telah mereka ketahui dari pendapat-pendapat ijtihad mazhab-mazhab lalu dipilihkan mana yang lebih baik dan lebih sahih serta ditolakkan segala pendapat yang lemah dan singkat dari segi dalil-dalilnya pada peringkat yang keempat.
Adalah penting didikan dari peringkat awal hingga akhirnya dilaksanakan di atas ketaqwaan dan takut kepada Allah SWT serta kasih kepada al-Quran dan as-Sunnah, setia kepada keduanya, berazam untuk mengikutinya, kasih kepada kebenaran dan penjauhan dari setiap hawa nafsu. Perlu dididikkan supaya mengikuti manhaj (peraturan) secara ilmiah, berwaspada terhadap mengeluarkan pendapat dalam agama Allah tanpa ilmu (yang memadai), dan meninggalkan serta menolak perbuatan taksub.
Kesimpulannya sesungguhnya kita tidak melarang pada masa ini pengajaran ilmu fekah dalam bentuk mazhab tetapi dengan satu syarat iaitu tanpa taksub. Taksub bermazhab adalah apa yang sebenarnya kita jauhi dan kita tentangi. Kita berpendapat bahawa untuk menghasilkan hukum fekah sebagaimana yang telah dicontohi di zaman as-Salaf as-Soleh (para sahabat dan lain-lain) maka hendaklah dicapai dengan perubahan berperingkat-peringkat iaitu dengam menaruh minat kepada pelajar supaya mengkaji al-Quran dan as-Sunnah lalu berpegang dengan apa yang telah disahkan oleh keduanya dan melemahkan apa yang telah dihukumkan sebagai pendapat yang lemah oleh keduanya.
Dengan cara ini dapatlah kita menghasilkan pendekatan mazhab-mazhab bahkan kepada penyatuannya. Maka yang akan tinggal hanyalah sedikit masalah-masalah yang mempunyai lebih daripada satu pandangan hukum. Adapun yang lainnya dapat diperdekatkan melalui pengkajian dalil-dalil hingga jadilah ia seakan-akan sebagai beberapa pendapat dalam satu mazhab dan dibenarkan berfatwa dengan salah satu daripada pendapat-pendapat tersebut.
Maka dengan ini jelaslah kepada kamu wahai pembaca yang dihormati akan apa yang telah didakwa oleh penentang-penentang kita yang menuduh bahawa kita adalah memerangi mazhab-mazhab, mencelanya, berusaha untuk menubuhkan mazhab kelima dan dakwaan-dakwaan lain yang bathil seperti ini kerana kesemuanya ini mengajak kita membelakangi kebenaran dan kesahihan yang wujud di dalam mazhab-mazhab. Sebenarnya kita hanyalah menentang taksub mazhab yang menjadikan mazhab sebagai asas serta asal dan sebaliknya al-Quran dan as-Sunnah dijadikan sebagai ikutan dan cabang kepada mazhab lalu ditolak apa dari al-Quran dan Hadith sahih apa yang bertentangan dengan pendapat mazhab.
Kita adalah benar-benar berlawanan dengan pendapat seperti demikian. Kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai asal dan (pendapat-pendapat) mazhab sebagai cabang atau cawangan. Segala pendapat-pendapat yang berlawanan dengan al-Quran dan as-Sunnah adalah ditolak dan apa yang dipersetujui oleh keduanya adalah diterima. Kita beri’tiqadkan bahawa ini adalah apa yang wajib diamalkan oleh setiap orang muslim dan jikalau tidak maka eloklah diperiksakan hatinya serta diperkukuhkan keimanannya kerana ditakutkan ke atasnya satu pemikiran yang amat bahaya baginya sepertimana yang telah diberi amaran berkali-kali oleh Allah SWT dengan firmanNya dalam Surah an-Nuur ayat 63: “Hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.”
(tamat terjemahan kenyataan as-Sheikh Muhammad Eid Abbasi di dalam kitabnya Bid’ah at-Ta’sub al-Mazhab. Dipetik daripada kitab ‘Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah’ karangan Ustaz Ismail bin Omar, pagi 416-420
sumber : masri2

0 Comments:
Post a Comment
<< Home