Salafi-Wahabi v ASWJ
Ramai dikalangan kita yang belum jelas mengenai Salafi-Wahabi yang dipelopori oleh Ibn Taimiyah dan Ibnul Qoyyim Aljauzi serta Muhammad Abdul Wahab (dalam era modern) - bahawa perbezaan Salafi-Wahabi dengan ASWJ bukan sekadar perbezaan dalam bab Fiqh tetapi sebenarnya adalah dari asas lagi iaitu dalam bab Aqidah. Setelah saya banyak membaca buku-buku Salafi-Wahabi yang saya perolehi dari Kedutaan Saudi dan membeli berpuluh buku terjemahan Bahasa Indonesia maka barulah saya sedari hakikat perbezaan Salafi-Wahabi dengan ASWJ. |
|
1. Salafi-Wahabi berbeza pendekatan Aqidah dengan pegangan ASWJ yang dianuti oleh majority Muslim terutama dalam menangani ayat-ayat mutasyabihah - sebagai contoh Salafi-Wahabi berpendirian bahawa Allaah SWT ada wajah, ada tangan, ada kaki ada arah, ada tempat, turun, naik, mendekat, menjauh etc - itu terpulang kepada Salafi-Wahabi - kami ASWJ tidak menggunakan pendekatan sedemikian sebab kami berpendirian bahawa itu adalah mujassimah (ie. menjisimkan Allah SWT) dan musyabbihah (ie. menyerupakan perbuatan Allaah seperti perbuatan makhlukNya). Tidak ada penghinaan terbit dari kenyataan - ini purely fakta yang tersurat dan tersirat. Ini juga bukan untuk menegakkan kebenaran sendiri dan mengacah perbahasan ... sekadar memaparkan hakikat sebenar ... that's all!
Komen THTL: Salafi merujuk kepada generasi sahabat pada 300 tahun pertama Islam. Ia termasuk RasuluLlah saw, para sahabat dan tabi'in. istilah lain ialah salafus-soleh.
Gerakan atau aliran mengatakan Imam Ibn Taymiyah adalah mujassimah sekarang didalangi oleh Syaikh Hasan Ali al-sakaf yang beraliran Syi'ah dan berpura-pura ASWJ (sumber: ustaz Asri Zainul Abidin)
-------------------------------
2) Salafi-Wahabi tidak bermazhab kepada mana-mana Mazhab atau pun boleh juga dikatakan sebagai bermazhab dengan aliran yang diketengahkan oleh Ibn Taimiyyah atau Ibnul Qoyyim Al-jauzii atau Muhammad Bin Abdul Wahab atau Bin Baaz atau Nasiruddin Albanii - sedangkan ASWJ bermazhab dengan aliran Asy'aariyah dan Maturidiah dalam Tauhid atau pun bermazhab dengan satu-satu mazhab dari mazhab- mazhab Imam Malik, Hanafi, Syafi'ee atau Ahmad Ibn Hanbal. Hanyasanya Salafi-Wahabi menisbahkan Fiqh mereka sebagai berasas kepada Mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal. Ini pun bukan suatu tohmahan atau fitnah atau celaan tetapi adalah fakta yang bukan diada-adakan. Begitu juga Salafi-Wahabi tidak menerima taqlid mazhab sedangkan ASWJ menerima ruang taqlid mazhab untuk golongan yang dhaif ilmu seperti saya ini ... tanpa kemampuan tinggi untuk melihat Al-qur'an dan
Komen THTL: Madzhab atau metod mengeluarkan hukum dari nas-nas syara' ini telah ujud sejak zaman sahabi lagi. Sejak zaman salafusoleh sudah ada madzhab Ibn Abbas, Ibn Umar, Atha' kemudian zaman seterusnya Mujahid, Sufyan Tsauri, Hasan Basri dan seterusnya Imam-Imam besar Feqh hanafi, syafi'iy, maliki dan hanbali. Ada imam dan madzhab yang sudah pupus dan ada yang masih aktif dan dikembangkan. Mengikut kajian Prof Mahmud Zuhdi (akademi Islam UM), zaman pertumbuhan dan kefanatikan madzhab dan Imam sudah berakhir dan umat Islam seluruh dunia sekarang memasuki era baru di mana mereka lebih suka berkongsi antara madzhab dan Imam. Banyak negara-negara umat Islam sudah melonggarkan ikatan mereka kpd madzhab tertentu dan membuka pintu untuk menerima hukum dari madzhab dan Imam yang lain. Inilah jalan yang telah dirintis oleh Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah sudah menampakkan bibit ia akan dikembangkan.
Jawab THTL: Yang ditolak oleh aliran Salaf dan Salafiah bukanlah tasawwuf tapi gerakan tareeqat yang bertopengkan tasawwuf. Ini kerana gerakan tasawwuf adalah antara ahli bid'ah yang paling berat. Mereka antara kaum yang paling banyak mencipta pelbagai doktrin kepercayaan dan amalan yang ganjil dan tidak ada sumber dari syara'. Inilah sebab utama al-Imam Syafi'iy ra melarikan diri dari Iraq dan menetap di Mesir kerana tidak tahan dengan berleluasanya kaum tariqat. Imam Syafi'iy berkata: "Tiadalah yang paling buruk bid'ahnya ialah bid'ah tariqat kaum Iraq dan yang paling aku benci ialah tahlilan mereka." Tasawwuf dalam ASWJ ialah mencontohi kesungguhan ibadah kaum salafus-soleh dan mereka adalah sebaik-baik contoh dalam ibadah. Mereka tidak berlebih-lebihan dalam tariqat dan bersuluk dan itulah sebaik-baik ajaran agama yang kita terima dari mereka. (Sila rujuk "Pandangan Ibn Taimiyyah dalam Tasawwuf" di bahagian Kertas Kerja al-firdaus untuk maklumat lanjut.)
----------------------
4) Salafi-Wahabi menolak hadith dhaif dari amalan - sedangkan ASWJ menerima sebahagian hadith dhaif yang mempunyai nilai tidak bertentangan dengan Al-qur'an dan As-sunnah. Salafi Wahabi hanya menerima hadith yang diterima oleh Ulama'-ulama' mereka terutama Nasiruddin Albanii dan mengenepikan atau dalam bahasa yang lebih lunak mamandang ringan ke atas pendapat Ulama'-ulama' Hadith ASWJ seperti Nawawi, Ibn Hajar Atholanii dan As-sayuutii melainkan hadith berkenaan juga telah diterima oleh Ulama'-ulama' Salafi- Wahabi. Ini juga bukan tohmah atau fitnah atau diada-adakan tetapi fakta. Bahkan kebelakangan ini ada Ulama'-ulama' Salafi-Wahabi kecil yang bukan ahli hadith pun bercakap dengan penoh authority seperti Ulama'-ulama' Hadith yang mu'tabar itu. Ini juga fakta dan tidak perlu disangkal.
Jalan tengah ialah kita selidiki apakah hadis dha'if yang dimaksudkan oleh an-Nawawi, Ibn hajar dan as-Syuyuti kerana setahu saya Imam Nawawi meletakkan beberapa garis panduan sebelum menerimapakai sesuatu hadis dha'eef.
-------------------
5) Salafi-Wahabi mempunyai pendekatan yang berbeza dengan ASWJ dalam melihat sesuatu isu dari segi bid'aah. Salafi-Wahabi beranggapan bahawa apa yang tiada dalam hadith secara direct adalah bid'aah sedangkan ASWJ menggunakan timbangan-timbangan dan usul-usul yang telah disusun oleh pemuka-pemuka ASWJ sebelum meletakkan status bid'aah kepada sesuatu amalan yang tidak didokong oleh Hadith yang jelas. Ini pun tidak berbunyi sebagai celaan atau hinaan atau tohmah atau fitnah. Jawab THTL: Ini kerana kita melihat dari kacamata orang Asia Tenggara. Sedangkan salafi-wahabi berada di Tanah Arab khususnya Nejd tempat tumbuhnya Islam. Nejd (Semenajung Arab) adalah simbol Islam yang utama dan ia adalah contoh bagi umat Islam. Jika berlakunya bid'ah di situ, maka sudah tentu Islam di tempat lain akan lebih bid'ah lagi. Mekah dan medinah adalah standard Islam yang perlu dijaga, maka ulama' di sana akan bertindak lebih keras terhadap bid'ah. Sikap orang Arab juga sudah biasa dgn keras, kalau kita lihat mereka bertengkar, kita beranggapan mereka sedang bergaduh besar, sebenarnya ia biasa dalam culture orang Arab. Sebenarnya Imam-Imam ASWJ juga amat keras kepada bid'ah. Imam Syafi'iy mengharamkan tahlilan, kenduri arwah dan melarang mengirim pahala baca Qur'an kepada orang mati, hanya orang kemudian yang menutup sikap keras dan garang para Imam ASWJ terhadap bid'ah dan mungkar, lalu mereka beranggapan ASWJ lemah lembut terhadap mungkar dan bid'ah. Ini adalah suatu persepsi yang salah dan tidak benar. ASWJ sebenarnya ialah mereka yang menganut faham Islam sebenar dan mereka sepatutnya tidak bertolak ansur dengan sesuatu ciptaan baru dalam ibadah.
------------------------
6) Satu persoalan yang mengelirukan adalah kerana semua pihak mengaku sebagai ASWJ - Salafi-Wahabi pun mengaku ASWJ juga - bahkan saya pernah dengar bahawa Syi'ah pun mengaku bahawa merekalah yang lebih layak dipanggil sebagai ASWJ! Adakah saya memfitnah jika saya katakan bahawa dalam banyak kitab Salafi-Wahabi berulang-ulang membuat claim bahawa Imam-imam Malik, Syafi'ee, Hanafi dan Ahmad bahkan Imam Abu Hasan Al-ays'aarii dan Abu Musa Al-maturidii pun dinisbahkan sebagai dalam aliran yang sama dengan Salafi-Wahabi? Bukankah ini suatu pekerjaan yang mengelirukan Ummat? ... Apa tah lagi kekeliruan yang keterlaluan akan tejadi ke atas golongan yang dhaif ilmu agama seperti saya ini!
Jawab THTL:
Ada orang kata Sayyidina Umar keras, Umar pula kata Abu Bakar lebih keras dari dia...ada orang kata Imam Hanbali lembut, tapi ada pula yang kata dia amat keras, sanggup lawan Khalifah dan disebat dan kena penjara; mungkin ramai orang kata Imam wahabi garang dan keras kepala, tapi mungkin kalau anda jadi tetamu dia, dua tiga ekor kambing panggang dia jamu....cth lain: ada orang kata isteri si fulan itu keras (perangainya), jiran kata isterinya lemah-lembut...
|
sumber : al-firdaus


0 Comments:
Post a Comment
<< Home